Trend Meningkat Di Sabah Bermula, Daerah Ranau Sumbang Angka Kes Tertinggi Hari...

Trend Meningkat Di Sabah Bermula, Daerah Ranau Sumbang Angka Kes Tertinggi Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Trend peningkatan kes COVID-19 meningkat mula bermula dalam skala kecil di mana tumpuan pelancong dalam negeri iaitu daerah Ranau, menjadi penyumbang utama.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan bahawa kes positif hari ini hanya meningkat 14 kes berbanding semalam.

“Ini menjadikan kes terkumpul jangkitan baharu berjumlah 599 kes…

“Ranau menjadi satu-satunya daerah yang mencatatkan kes baharu 3 angka, iaitu 104 kes yang mewakili sekitar satu (1) per enam (6) daripada jumlah kes harian seluruh negeri Sabah hari ini,” katanya dalam sebuah rumusan hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, 15 daerah lain mencatatkan penurunan kes dengan empat (4) daripadanya mencatatkan penurunan signifikan.

“Cuma 10 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan dua (2) daripadanya menunjukkan pertambahan yang ketara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tongod mencatatkan tujuh (7) kes baharu dari sifar (0) kes semalam.

Masidi berkata kes jangkitan sporadik atau lebih dikenali kes saringan bergejala kekal tinggi.

“Hari ini 218 daripada 599 kes atau 36 peratus (36.4%) adalah jangkitan yang berpunca daripada Saringan Bergejala. Di Ranau, 32 daripada 104 kes di daerah tersebut adalah dalam kategori ini…

“Namun, jumlah kes yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah walaupun jumlah kes meningkat,” tambah beliau.

“Sebanyak 94 peratus (94.83%) daripada keseluruhan kes hari berada dalam Kategori 1 dan 2, empat (4) kes dalam Kategori 3, tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5 manakala 22 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan,” katanya.

Masidi menegaskan bahawa walaupun sekatan ke atas aktiviti-aktiviti sosial telah banyak dilonggarkan tetapi semua penduduk adalah diperingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa.

“Elakkan daripada menganjur atau menghadiri majlis sambutan dan keramaian yang pasti mengundang risiko jangkitan yang tinggi,” Masidi berkata.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Ranau – 104 (31)
Beaufort – 57 (48)
Kota Kinabalu – 50 (64)
Kota Belud – 48 (53)
Kota Marudu – 33 (36)
Tenom – 29 (34)
Papar – 27 (25)
Pitas – 25 (17)
Tambunan – 24 (30)
Tuaran – 23 (27)
Tawau – 22 (12)
Penampang – 19 (26)
Kudat – 19 (14)
Kinabatangan – 18 (31)
Lahad Datu – 17 (20)
Sipitang – 16 (11)
Sandakan – 14 (14)
Beluran – 11 (15)
Keningau – 11 (30)
Tongod – 7 (0)
Nabawan – 6 (4)
Telupid – 5 (13)
Semporna – 4 (3)
Putatan – 4 (19)
Kuala Penyu – 2 (3)
Kunak – 2 (2)
Kalabakan – 2 (3)