
CHINA – Seorang jutawan bertindak mengeluarkan semua wang simpanannya dan mengarahkan bank menyemak dengan nota demi nota selepas marah selepas seorang pengawal keselamatan di bank berkenaan memintanya untuk memakai pelitup muka (facemask).
Lelaki itu, yang dikenali sebagai ‘Sunwear’ di rangkaian sosial Weibo, dilaporkan mengeluarkan wang tunai sebanyak ¥5 juta (kira-kira RM3.2 Juta) daripada cawangan Bank of Shanghai di China.
Jumlah itu adalah jumlah maksimum wang tunai yang boleh dikeluarkan, tetapi jutawan itu dilaporkan berkata dia merancang untuk kembali setiap hari sehingga semua simpanannya dikeluarkan, dengan kakitangan perlu mengiranya dengan tangan setiap kali pengeluaran.

Jutawan tersebut dalam kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial miliknya meluahkan rasa kecewanya terhadap perkhidmatan bank itu walaupun dia tidak menyatakan daripada pihaknya apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun, Mirror.co melaporkan bahawa bank tersebut menegaskan bahawa kejadian itu hanya melibatkan seorang pengawal keselamatan yang meminta lelaki itu untuk memakai pelitup muka.
Lelaki Jutawan itu menuduh kakitangan bank mempunyai “sikap perkhidmatan yang paling teruk” dalam layanan mereka terhadapnya sambil bermegah-megah mempunyai berpuluh juta dalam akaunnya.
“Disebabkan sikap ini, saya mahu mengeluarkan semua wang dan meletakkannya di bank lain,” kata lelaki itu.
Selepas meminta kakitangan untuk menghitung semua jumlah wang yang banyak dalam wang kertas, dia berkata: “Adalah perlu untuk meminta mereka mengira semula wang tunai sekiranya ia kekurangan.”
Imej jutawan itu memuatkan gumpalan wang kertas ¥100 (RM65) ke dalam bekas dan membawanya ke kereta mewahnya telah dikongsi secara meluas di rangkaian sosial China.

Dalam pada itu, ‘Sunwear’ dilaporkan telah melihat pengikut dalam taliannya meningkat kepada 1.7 juta hasil daripada insiden tersebut.
Beliau berkata lagi, DUA (2) orang pekerja bank mengambil masa dua jam untuk menyediakan pengeluaran besarnya dengan satu kaunter mata wang ketika itu.