Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini Dengan 513 Kes

Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini Dengan 513 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan penurunan 109 kes hari ini setelah mengalami trend kenaikan sejak minggu lalu.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, empat (4) daerah yang menjadi penyumbang tertinggi mencatat penurunan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 513 kes baharu pada hari ini.

“Kota Kinabalu turun 37 kes berbanding jumlah kelmarin, Ranau turun 14 kes, Tuaran turun 31 kes dan Kota Belud turun 10 kes…

“Walaubagaimanapun keempat empat daerah ini kekal penyumbang tertinggi kes harian di Sabah,” katanya dalam sebuah rumusan harian.

Satu kluster jeni baharu, Kluster Sawit Biru di Kinabatangan, diisytiharkan hari ini. Kluster jenis tempat kerja terbabit melibatkan seorang pekerja pembersihan yang menular kepada 14 orang setakat ini.

Sebanyak 14 daerah merekodkan penurunan kes harian dan lapan (8) daerah pula mencatat jumlah kes yang bertambah sementara lima (5) daerah mencatatkan jumlah kes yang sama.

Daerah Kunak, Tongod dan Kalabakan mengekalkan sifar (0) kes.

“Secara keseluruhan peratusan kes sporadik masih tinggi iaitu 191 orang atau 37 peratus (37.2%) daripada 513 pesakit yang dilaporkan hari ini,” katanya.

Seramai 500 orang daripada 513 pesakit hari ini tidak bergejala atau sekadar bergejala ringan dan berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Hanya dua (2) orang masing-masing dalam Kategori 3, 4 dan 5 manakala seramai tujuh (7) pesakit lagi masih dalam penilaian,” jelasnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 72 (109)
Ranau – 51 (65)
Tuaran – 48 (79)
Kota Belud – 46 (56)
Papar – 38 (21)
Penampang – 35 (35)
Kota Marudu – 32 (20)
Beaufort – 26 (35)
Kinabatangan – 25 (39)
Keningau – 19 (11)
Putatan – 18 (12)
Kuala Penyu – 17 (16)
Sipitang – 15 (15)
Tawau – 13 (4)
Kudat – 13 (26)
Tenom – 12 (22)
Tambunan – 11 (14)
Beluran – 6 (6)
Lahad Datu – 5 (11)
Nabawan – 3 (1)
Pitas – 3 (12)
Telupid – 2 (5)
Sandakan – 2 (4)
Semporna – 1 (1)
Kunak – 0 (0)
Tongod – 0 (7)
Kalabakan – 0 (0)