Hamzah Ahmad Ambil Alih Jawatan Komander ESSCOM

Hamzah Ahmad Ambil Alih Jawatan Komander ESSCOM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – DCP Hamzah Ahmad mengambil alih jawatan sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) daripada DCP Datuk Ahmad Fuad Othman.

Ahmad dijadual untuk bersara pada hari esok (Sabtu) sejak menggalas tugas itu pada April tahun lalu.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.

Komander Esscom DCP Datuk Ahmad Fuad Othman (kiri) menyerahkan tongkat kuasa komander kepada penggantinya DCP Hamzah Ahmad (kanan) dengan disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu pada Jumaat (10 Dis)…
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong (berdiri kanan) dan Pengarah KDNKA CP Datuk Hazani Ghazali (berdiri kiri) menyaksikan majlis menandatangani dokumen Komander Esscom sebelum DCP Datuk Ahmad Fuad Othman (kiri) menyerahkan lebih tugas kepada DCP Hamzah Ahmad (kanan)…

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Negeri Dato’ Dr Zulkapli Mohamed, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Datuk Hazani Ghazali dan Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Idris Abdullah.