Bomba Sabah Berjaya Halang Seorang Wanita Ingin Bunuh Diri

Bomba Sabah Berjaya Halang Seorang Wanita Ingin Bunuh Diri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Percubaan seorang wanita untuk mengambil nyawanya sendiri di Hospital Queen Elizabeth 2 berjaya dihalang pasukan Bomba Sabah.

Wanita berumur 30an itu dikatakan bertindak memanjat keluar dari tingkap tingkat tiga bangunan tersebut dan terduduk pada bahagian belebas.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 1.16 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Balai BBP Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi pasukannya akhirnya berjaya untuk memujuk mangsa masuk semula ke dalam bangunan.

“Proses memujuk mangsa mengmabil lebih kurang 30 minit,” katanya.

Operasi kemudiannya ditamatkan pada 2.38 petang.