Ibu Hamil Dan Anak Perempuan Warganegara Malaysia Lemas Di Thailand

Ibu Hamil Dan Anak Perempuan Warganegara Malaysia Lemas Di Thailand

0
SHARE
Lemas
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita hamil dan anak perempuannya berusia enam tahun, kedua-duanya warga Malaysia, maut selepas bot ekor panjang (long tail) yang dinaiki keluarga itu terbalik di pantai Krabi di selatan Thailand, semalam.

Memetik sumber Bernama, dalam kejadian itu, yang berlaku pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan, tiga sekeluarga termasuk wanita berusia 36 tahun itu, suaminya berusia 38 tahun dan anak perempuan mereka sedang bersiar di Pulau Poda.

Gabenor Wilayah Krabi, Passakorn Bunyalak percaya bot itu terbalik selepas dipukul ombak besar.

“Ibu dan anak perempuannya tidak sedarkan diri apabila nelayan menemui mereka,” katanya.

Katanya, beliau dikejarkan ke Hospital Krabi, sebelum disahkan meninggal dunia.

Passakorn dalam pada itu turut berkatabahawa suami wanita itu dan pengendali bot warga Thailand berusia 45 tahun terselamat dan pulih dengan baik di bawah pengawasan rapi di hospital.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ridzuan Abu Yazid, berkata mereka akan membantu keluarga menghantar pulang jenazah ke Malaysia.