Dunia Perlu Bersiap-Sedia Hadapi Serangan Pandemik Cacar – Bill Gates

Dunia Perlu Bersiap-Sedia Hadapi Serangan Pandemik Cacar – Bill Gates

0
SHARE

NEW YORK – Seluruh negara di dunia perlu bersiap-sedia menghadapi serangan cacar yang mungkin menjadi pandemik baharu pada masa depan, demikian menurut Bill Gates dalam satu kenyataannya.

Individu keempat terkaya di dunia memberi amaran itu melalui satu wawancara Policy Exchange bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Jeremy Hunt baru-baru ini.

Menurutnya, beliau turut menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tersebut yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.

“Bagaimana negara antarabangsa mahu bertindak balas jika serangan biokeganasan (cacar) itu menyasarkan 10 lapangan terbang di seluruh dunia? Ia mungkin boleh mencetuskan wabak lebih dahsyat berbanding yang kita sedang hadapi sekarang,” jelas Bill Gates.

Terdahulu pada 2015, pengasas Microsoft itu pernah memberi amaran tentang potensi penularan virus seperti COVID-19 dan turut menekankan tentang keperluan negara antarabangsa bersiap-sedia untuk menangani situasi tersebut.

“Jika 10 juta orang terkorban dalam tempoh beberapa dekad akan datang, ia adalah disebabkan oleh virus berjangkit dan bukan peperangan,” katanya ketika menyertai Ted Talk kira-kira enam tahun lalu.