Wanita, Kanak-Kanak Cedera Kepala Kereta Bertembung

Wanita, Kanak-Kanak Cedera Kepala Kereta Bertembung

0
SHARE
Bomba
Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam jentera EMRS ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Seorang wanita, 56, dalam Proton Wira dan seorang kanak-kanak lelaki, 6, dalam Toyota Avanza megalami kecederaan kepada bahagian kepada apabila kedua-dua kenderaan itu bertembung di Jalan Nagus pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemandu Proton Wira, seorang lelaki yang berusia 40 tahun, selamat.

“Manakala seorang perempuan dalam kenderaan Toyota Avanza, 45, cedera di bahagian tengkuk. Pemandu lelaki berusia 40 tahun turut selamat.

“Mangsa telah diberi rawatan awal dan seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam sebuah kenyataan media.