Pergerakan Wanita PBRS Puji Keberanian Peserta Unduk Ngadau Tampil Bersuara Kerana Diganggu...

Pergerakan Wanita PBRS Puji Keberanian Peserta Unduk Ngadau Tampil Bersuara Kerana Diganggu Secara Seksual

0
SHARE
Zainon Hj Kayum...

KOTA KINABALU, SABAH – Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) memuji keberanian peserta Unduk Ngadau yang mendakwa dirinya telah diganggu secara seksual (sexual harassment) tampil bersuara dan seterusnya membuat laporan tentang kejadian itu.

Ketua pergerakan, Zainon Hj Kayum, berharap tindakan tegas dan pantas dapat diambil oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian sama berulang di masa depan.

“Perkara sebegini tidak pernah dilaporkan berlaku sepanjang penganjuran Unduk Ngadau sebelum ini. Kami bersimpati dengan ahli-ahli jawatan kuasa penganjur yang terlibat…

“Kami percaya mereka telah berusaha menjayakan acara tersebut sebaik mungkin meskipun dalam keadaan norma baru yang cukup mencabar.”

Katanya kejadian ini pasti mendatangkan rasa hampa kerana ia sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej Pertandingan Unduk Ngadau.

“Wanita PBRS berharap para wanita akan terus berani bersuara demi menolak penindasan dan jenayah seksual yang dilakukan ke atas mereka,” Zainon berkata.