Taklimat Pembangunan Negeri Sabah Bersama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Berlangsung Hari...

Taklimat Pembangunan Negeri Sabah Bersama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Berlangsung Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sesi Taklimat Pembangunan Negeri Sabah Bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu, pagi tadi.

Kedatangan rombongan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryadi Bandy dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Safar menyampaikan Taklimat Pembangunan Negeri Sabah diikuti dengan sesi penyampaian berbalas cenderakenangan antara Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Dr. Jeffrey kepada Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong memberikan taklimat berkenaan negeri Sabah kepada rombongan daripada Pulau Pinang…

Kemudian, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Law Choo Kiang, menyampaikan cenderakenangan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.