Bomba Sabah Terpaksa Potong Jeriji Kedai Pinjaman Wang Untuk Mengekang Rebakan Api...

Bomba Sabah Terpaksa Potong Jeriji Kedai Pinjaman Wang Untuk Mengekang Rebakan Api Kebakaran

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jeriji sebuah kedai pinjaman wang di pusat bandaraya di sini terpaksa dipotong menggunakan gergaji pasukan Bomba demi mengekang rebakan api.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata insiden pada 4.30 pagi tadi di Jalan Gaya berpunca daripada sebuah unit penghawa dingin yang terbakar 100 peratus (100%).

“Kesan daripada kebakaran telah merebak ke 30 peratus dinding kedai berkenaan…

“Pemadaman kemudian dilakukan dengan menggunakan DUA (2) aliran pancutan air daripada jentera bomba,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah…

Tiada manga dilaporkan terlibat dan keadaan terkawal kira-kira 10 minit selepas itu. Operasi seterusnya ditamatkan pada pukul 5.15 pagi.