Sabah Buka Pintu Kepada Pengunjung Luar, Termasuk Daripada Negara Berisiko Penularan Omicron

Sabah Buka Pintu Kepada Pengunjung Luar, Termasuk Daripada Negara Berisiko Penularan Omicron

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah membuka pintunya kepada pengunjung dari negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara dan berisiko tinggi penularan varian Omicron COVID-19.

Ini termasuk pengunjung dari Afrika, India, Amerika Syarikat, United Kingdom, Norway, Australia, France, Denmark dan Kanada.

Namun, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, mereka harus mengambil ujian RT-PCR dua (2) hari sebelum berlepas dari negara tersebut.

Proses itu menjadi semakin rumit dengan keperluan mengisi e-Health Declaration (eHDF) dan seterusnya mendapat kelulusan khas daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan melalui laman web https://phednp.wbcsite.com.

“Selain daripada itu, mereka juga sekali lagi harus mengambil ujian RT-PCR semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Pertama Ke Malaysia…

“Seterusnya mereka juga perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh (7) hari bagi mereka yang telah lengkap divaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap atau belum divaksin,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Katanya pengunjung berkenaan tidak dibenarkan masuk ke Sabah sehingga lengkap tempoh kuarantin.

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun…

Beliau berkata sepanjang tempoh kuarantin, pengunjung juga akan dikenakan ujian saringan pada hari ke-5 dan ke-8 dan akan dinilai risiko pada hari terakhir kuarantin.

Masidi berkata kebenaran tersebut berkuatkuasa dengan serta merta.

“Manakala pengunjung dari lain-lain negara atau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh dua (2) minggu sebelum memasuki Sabah hanya bermula pada 8 Januari 2022,” katanya.