KINABATANGAN, SABAH – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis antara dua (2) mangsa cedera parah ekoran kemalangan kereta di Paris Satu, di sini, kelmarin (29 Dis).
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan lapan (8) mangsa terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.
“Tiga (3) kenderaan yang terlibat ialah Perodua Alza, Isuzu Dmax dan sebuah lori,” katanya sambil menambah Johainin Ruslan bersama keluarganya menaiki Perodua Alza…
“Beliau dan seorang mangsa lagi dari kenderaan yang sama turut cedera parah.
“Dua wanita dewasa berumur 35 dan 20, bersama seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan mengalami cedera ringan,” katanya.

Dalam pada itu, pemandu lori iaitu seorang lelaki, 35 dan pemandu Isuzu D-Max juga seorang lelaki, 39, dilaporkan selamat.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital selepas mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS.
“Selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 5.05 petang,” tambahnya.

Ketua Balai BBP Kinabatangan PPgB Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata pegawai perubatan di Hospital Kinabatangan masih menunggu laporan Sinar X (X Ray) dan ujian darah ke atas kedua mangsa yang parah.
“Menurut doktor ada pendarahan pada kepala pemandu (Johainin) dan seorang lagi mangsa itu,” beliau berkata apabila dihubungi.





