Polis Bantuan KKIA Maut Dipercayai Tembak Diri Sendiri

Polis Bantuan KKIA Maut Dipercayai Tembak Diri Sendiri

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang anggota polis bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) maut selepas dipercayai menembak dirinya sendiri, pagi tadi.

Memetik sumber Harian Metro, difahamkan, mangsa ditemui rakan sekerjanya dalam keadaan berlumuran darah, kira-kira 9.30 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor daripada Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) yang turun ke lokasi kejadian pada jam 10 pagi.

Sepasukan polis termasuk Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.