KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat penurunan sebanyak 91 kes berbanding kelmarin dengan jumlah 267 KES COVID-19 baharu hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Tuaran melompat ke tangga teratas dengan 55 kes baharu.
“Cuma 16 kes baharu daripada kluster aktif direkodkan hari ini. Hampir 17 peratus atau 45 kes melibatkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin…
“Seramai 13 orang lagi pesakit adalah mereka yang belum divaksin walaupun layak memperolehinya,” jelasnya dalam rumusan harian kes.
Semalam Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menutup dengan serta merta mana-mana sekolah yang diisytiharkan pencetus kluster.
“Keputusan ini dibuat untuk melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada jangkitan dan memastikan jangkitan tersebut dapat dibendung atau dikawal serta tidak merebak ke tempat lain…
“Tindakan drastik ini juga adalah peringatan kepada semua pengurusan sekolah termasuk guru, murid dan ibu bapa agar mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko jangkitan.
“Semua prosedur operasi standard (SOP) ditempat kerja dan sekolah hendaklah dikuatkuasakan secara ketat,” tegasnya.
Hanya satu kes masing-masing berada dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 dicatatkan hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (29 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Tuaran – 55 (39)
Sandakan – 53 (41)
Kota Kinabalu – 53 (66)
Tawau – 22 (24)
Penampang – 14 (32)
Papar – 12 (22)
Ranau – 10 (13)
Putatan – 10 (20)
Lahad Datu – 7 (6)
Kudat – 7 (6)
Kuala Penyu – 6 (0)
Tenom – 6 (0)
Kota Marudu – 4 (19)
Semporna – 2 (2)
Tambunan – 2 (8)
Beaufort – 2 (27)
Nabawan – 1 (0)
Kota Belud – 1 (17)
Beluran – 0 (0)
Telupid – 0 (2)
Kinabatangan – 0 (7)
Kunak – 0 (4)
Sipitang – 0 (0)
Keningau – 0 (3)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





