KOTA KINABALU, SABAH – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Sabah.
Ketibaan beliau disambut Ketua Umno Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin; Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin serta kepimpinan Umno Sabah lain.
Tengah hari esok (Jumaat) Ahmad Zahid akan mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Umno Sabah di bangunan UMNO Sabah…

Pada hari berikutnya, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional akan merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-3 di Dewan Hakka Jalan Tanjung Lipat Likas.
Turut serta dalam rombongan Ahmad Zahid ialah Setiausaha Barisan Nasional, Datuk Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.





