Kluster Pendidikan Sabah: Tiga Muncul Diwaktu Yang Pertama Tamat

Kluster Pendidikan Sabah: Tiga Muncul Diwaktu Yang Pertama Tamat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kluster institusi pendidikan yang pertama dikesan pada tahun ini, Kluster Jalan Kepayan Tambunan, diisytiharkan tamat hari ini senama tiga lagi yang sewaktu dengannya timbul.

Di Kota Belud, Kluster Batu Enam Kota Belud adalah kluster institusi pendidikan yang melibatkan pelajar asrama SMK Taun Gusi 2.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes indeks adalah seorang pelajar perempuan, warganegara, 15 tahun, yang mula bergejala pada 9 Feb dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud.

“Beliau didapati positif keesokan harinya. Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati lebih ramai yang terjangkit menjadikan jumlah kumulatif kes positif 19 kes setakat hari ini,” katanya.

Datuk Masidi Manjun…

Kluster Jalan Sugut Ranau diisytiharkan di daerah Ranau melibatkan warga SMK Ulu Sugut.

“Indeks kes adalah seorang guru wanita, 39 tahun, yang dikesan melalui saringan bergejala pada 7 Feb…

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati lebih ramai yang didapati positif dan jumlah keseluruhan yang terlibat setakat hari ini alah 49 kes. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya,” Maisidi berkata.

Satu lagi kluster institusi pendidikan di daerah Ranau ialah Kluster Kemburongoh 2 yang melibatkan warga SMK Kemburongoh.

“Indeks kes adalah seorang lelaki, 52 tahun, dan merupakan seorang pengawal keselamatan di SMK Kemburongoh yang dikesan positif melalui saringan bergejala juga pada 7 Feb…

“Secara keseluruhannya jumlah kumulatif yang positif ialah 54 kes setakat hari ini,” kata Masidi.

Ujarnya, semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.