SHAH ALAM, SELANGOR – Pemain badminton negara, Lee Zii Jia mensasarkan status juara menjelang perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022
Perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung hari ini diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Kara perseoarangan lelaki nombor satu negara itu, Malaysia perlu meletakkan juara sebagai sasaran akhir, sekali gus memperbaiki pencapaian di Manila, Filipina dua tahun lalu apabila sekadar muncul naib juara.
“Apa yang pasti, sasaran awal kita adalah untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir,” katanya kepada pemberita, menurut laporan Kosmo!.
“Sekarang kita sudah masuk ke final dan sasaran akhir pastinya mahu jadi juara,” TAMBAHNYA…
Pada aksi separuh akhir semalam, Malaysia menepati ramalan apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan.
Mengulas aksinya ketika mencatat kemenangan 13-21, 21-13, 21-15 ke atas Jeon Hyeok-jin untuk mata pertama negara, Zii Jia berkata, dia masih berdepan kesukaran bagi menyesuaikan diri dengan pergerakan angin dalam gelanggang.
“Permainan hari ini seakan-akan sama dengan semalam kerana sukar untuk sesuaikan diri dengan angin dalam gelanggang. Selain itu, saya juga banyak lakukan kesilapan pada set pertama.
“Saya tidak pandang rendah kemampuan Hyeok-jin walaupun perbezaan ranking kami agak jauh kerana dia adalah seorang pemain berpengalaman sebelum dia menjalani pembedahan sebelum ini,” ujarnya.





