KYIV, UKRAINE – Tentera Ukraine berjaya mematahkan serangan tentera Russia yang menyerang pangkalan tentera di ibu kota Ukraine iaitu Kyiv, demikian menurut satu kenyataan Facebook milik mereka awal pagi ini (Sabtu).
Dalam kejadian berasingan yang dipetik Reuters, agensi Interfax Ukraine berkata, tentera Russia cuba menawan salah satu stesen penjanaan elektrik di bandar itu.
Terdahulu pada Khamis baru-baru ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine, menyifatkan ia sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ dan bukan bertujuan menduduki negara itu.






