Proses Penyerahan Borang Calon PRN Johor Melibatkan 56 Kerusi

Proses Penyerahan Borang Calon PRN Johor Melibatkan 56 Kerusi

0
SHARE

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula hari ini dengan proses penamaan calon berakhir sebentar tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), proses penyerahan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berakhir pada pukul 10 pagi hari ini.

Proses yang bermula seawal jam 9 pagi melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor itu, berjalan lancar.

Sebaik proses penyerahan borang selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan.

SPR sebelum ini mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bahwa segala bentuk aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti tidak dibenarkan di pusat-pusat penamaan calon.

Hanya calon serta pencadang dan penyokong calon tersebut dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.