Calon Pelajar SPM Positif COVID-19 Boleh Duduki Peperiksaan SPM April Ini

Calon Pelajar SPM Positif COVID-19 Boleh Duduki Peperiksaan SPM April Ini

0
SHARE

PASIR GUDANG, JOHOR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkatabagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang disahkan positif COVID-19, mereka masih boleh menduduki peperiksaan itu pada April ini.

Beliau berkata, ini juga termasuk bagi calon pelajar SPM yang menjalani kuarantin dan disahkan sebagai kontak rapat.

Tambah beliau, walaupun lewat sebulan daripada calon SPM lain, mereka yang mempunyai alasan munasabah berkenaan masih tetap dibenarkan menduduki peperiksaan itu, lapor Berita Harian.

Katanya, calon hanya perlu mengemukakan borang deklarasi, pengesahan pengetua dan maklumat MySejahtera untuk membuktikan mereka dalam tiga situasi berkenaan.

“Pihak kementerian sudah jelaskan beberapa kali sekiranya murid (pelajar) ini didapati positif maka mereka perlu maklumkan kepada pihak sekolah..

maknanya mereka kena buat dalam surat deklarasi itu menulis sama ada mereka positif ataupun mereka maklumkan (pihak sekolah), pengetua akan sahkan sama ada benar murid itu positif atau tunjukkan bukti daripada MySejahtera.

“Jadi calon yang positif ini tak perlu risau kerana apabila mereka positif dan disahkan oleh pengetua atau ada deklarasi ataupun ada bukti daripada MySejahtera itu, maka mereka boleh menduduki peperiksaan dalam sidang kedua yang akan dilaksanakan pada April nanti.

“Begitu juga dengan calon kontak rapat boleh menunjukkan tiga perkara itu serta calon yang terkesan dengan banjir seperti di Kelantan, juga dibenarkan menduduki peperiksaan pada sidang kedua kerana kekangan pusat peperiksaan ditutup dan situasi semasa di sana,” katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2, Taman Kota Masai di sini, hari ini.