Bantuan Perubatan Pertama Untuk Ukraine Dijangka Tiba

Bantuan Perubatan Pertama Untuk Ukraine Dijangka Tiba

0
SHARE

GENEVA – Sebanyak 36 tan bekalan perubatan penting untuk negara Ukraine akan dijangka tiba di Poland hari ini.

Menurut laporan NHK Japan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata itu adalah penghantaran pertama perubatan bagi negara Ukraine.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata penghantaran itu termasuk bekalan untuk rawatan trauma dan pembedahan kecemasan untuk membantu 1,000 pesakit, dan bekalan lain untuk memenuhi keperluan 150,000 orang.

Beliau menyatakan bahawa terdapat laporan kekurangan kritikal bekalan oksigen perubatan di Ukraine…

Beliau memberi amaran bahawa keadaan di sana berkemungkinan boleh memberi kesan buruk kepada sistem perubatan tempatan.

Wakil WHO di Ukraine, Jarno Habicht, berkata apabila keadaan berubah, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengedarkan barangan di dalam Ukraine.

Beliau berkata adalah tidak pasti sama ada bekalan itu boleh sampai ke tempat yang paling diperlukan dalam sistem kesihatan negara.

WHO berkata kes baharu jangkitan Covid-19 telah menurun di Ukraine sejak Februari.

“Pergerakan populasi besar-besaran berkemungkinan akan menyumbang lagi kepada penularan Covid-19, yang berpotensi meningkatkan tekanan ke atas sistem kesihatan di negara jiran yang kini sedang menerima ribuan pelarian Ukraine,” luah Tedros.