Rusia Akan Akhiri Perang Ke Atas Ukraine Dengan Beberapa Syarat

Rusia Akan Akhiri Perang Ke Atas Ukraine Dengan Beberapa Syarat

0
SHARE

MOSCOW – Rusia akan menamatkan perang keatas Ukraine dengan segera sekiranya Kiev menurut tiga tuntutan utama Moscow.

Antaranya, Ukraine harus menamatkan tindakan ketenteraan, mengubah perlembagaan untuk menjadi negara neutral, mengiktiraf Semenanjung Crimea sebagai milik Rusia dan menyerahkan wilayah Luhansk serta Donetsk.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menegaskan, Rusia bersedia untuk menghentikan ketenteraan dengan kadar segra juka Ukraine memenuhi semua tuntutan tersebut.

Tambahnya, Moscow juga tidak akan menuntut mana-mana wialayah lain di Ukraine, lapor The Sun.

“Kami benar-benar ingin menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine, kami akan menamatkannya…

Bagaimanapun, perkara utama yang perlu dilakukan adalah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya.

“Kiev perlu menghentikan tindakan ketenteraan dan tiada sesiapa  akan ditembak.

Ukraine juga perlu meminda perlembagaan bagi  menolak sebarang usaha untuk memasuki mana-mana blok khususnya Pertubuhan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara.

“Kami juga  menjelaskan bahawa Ukraine perlu mengiktiraf Crimea sebagai hak  Rusia selain memperakui Donetsk dan Lugansk adalah  negara bebas lagi merdeka. Itu sahaja, dan peperangan akan segera dihentikan,” tegas Peskov.

Terdahulu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menolak tuntutan wilayah oleh Rusia kerana mendakwa ketiga-tiganya milik negara itu.

“Donbas dan Crimea akan kembali kepada Ukraine, secara eksklusif menerusi diplomasi. Kami tidak akan mengambil apa yang bukan hak milik kami dan juga tidak akan menyerahkan tanah air kami,” kata Zelenskyy.

Beliau  dalam satu ucapan yang disiarkan televisyen tempatan kelmarin berikrar untuk membunuh sesiapa sahaja yang menembak orang awam. Ikrar itu disuarakan susulan imej menunjukkan mayat sebuah  keluarga  yang mati di tepi jalan ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan bom di bandar Irpin.

“Seluruh keluarga (mati). Berapa banyak lagi keluarga telah terbunuh di Ukraine! Kami tidak akan memaafkan dan melupakannya.

“Kami akan menghukum setiap orang yang bertanggungjawab dalam peperangan ini, di tanah kami. Kami akan memburu mereka. Tiada tempat lain di Bumi ini untuk anda melainkan lubang kubur,” tegasnya.