DELHI, INDIA – Seorang lelaki di sini melecur pada wajah, leher dan dada akibat terbakar teruk selepas tukang gunting rambutnya tersalah teknik semasa melakukan ‘potongan rambut api’.
Difahamkan mangsa berkenaan sangat tertarik dengan gaya rambut yang unik serta cuba untuk menggunakan pelbagai teknik luar biasa untuk tujuan itu.
‘Potongan rambut api’ yang menjadi kaedah unik yang tular ketika ini memperlihatkan pendandan rambut akan menyapu serbuk mudah terbakar pada rambut dan kemudian membakarnya.
Rambut itu digunting semasa rambut terbabit terbakar.
Terdahulu, sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan saat mencemaskan seorang lelaki terbakar dengan teruk selepas tukang gunting rambutnya tersalah teknik semasa melakukan ‘potongan rambut api’.
Dalam video itu, pendandan rambut dilihat menyapu serbuk mudah terbakar pada rambut lelaki itu dan kemudian membakarnya.





