ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KE-3 DUN SABAH KE-16 HARI INI

ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KE-3 DUN SABAH KE-16 HARI INI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Istiadat pembukaan telah dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin yang turut menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin (tiga dari kanan) bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (empat dari kanan) bergambar bersama Speaker DUN Sabah, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, Timbalan-Timbalan Speaker dan Pegawai DUN…

Istiadat pembukaan penggal ke-3 DUN turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Speaker DUN, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, ahli-ahli jemaah menteri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Persidangan ditangguhkan selepas istiadat pembukaan, dan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 DUN Sabah Ke-16 akan diadakan pada Isnin hingga Khamis depan.