Sikap Bertangguh Dan Percaya Khabar Palsu Punca Kadar Vaksinasi Rendah – Shahelmey

Sikap Bertangguh Dan Percaya Khabar Palsu Punca Kadar Vaksinasi Rendah – Shahelmey

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ibu bapa yang mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ dan percaya akan penularan khabar palsu mengenai risiko vaksinasi untuk kanak-kanak menjadi punca kadar vaksinasi rendah dalam kalangan itu.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Datuk Shahelmey Yahya berkata, setakat 16 Mac tahun ini, seramai 332,103 orang ramaja telah mengambil vaksin dos pertama bersamaan dengan 85 peratus manakala 316,118 orang remaja telah lengkap divaksin bersamaan dengan 80 peratus.

“Pada masa yang sama, hanya seramai 84,163 orang kanak-kanak yang telah mengabil vaksin dos pertama iaitu bersamaan dengan 20 peratus,” katanya.

Beliau menjawab soalan Api-Api (Datuk Christina Liew) jika kerajaan menawarkan insentif untuk menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka untuk vaksinasi memandangkan kadar vaksinasi yang rendah dalam kalangan kanakkanak berumur lima hingga sebelas tahun (5 -11) di Sabah.

“Kerajaan menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk menerima vaksin demi memastikan keselamatan kanak-kanak tersebut…

“Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyediakan Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) untuk membantu mempercepatkan program vaksinasi khususnya remaja dan kanak-kanak.

“Pada masa yang sama kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri, PIBG Sekolah, Pengurusan Sekolah dan Pihak Berkuasa Tempatan amatlah diperlukan.

“Pihak PIBG atau pengurusan sekolah juga digalakkan menyediakan jamuan ringan untuk menarik perhatian ibu bapa dan kanak-kanak semasa proses pemberian vaksin.

“Di samping itu terdapat inisiatif dari pihak yang terlibat menyediakan goodies bag dan maskot sebagai insentif untuk menarik perhatiandan menghibur kanak-kanak semasa di PPV,” katanya.

Menuruntya, pada masa ini, sebanyak 183 PPV untuk PICKids telah dibuka di seluruh Sabah sama ada secara ‘walk in’ atau temujanji.

“Disamping itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSKN) sentiasa memantau penerimaan dos penggalak dalam kalangan Perkhidmatan Awam Negeri.

“PSKN menggalakkan kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri untuk mendapatkan ‘booster dose’ dan membawa anak-anak mereka yang berusia 5 hingga 11 tahun menerima vakisn bagi kanak-kanak.

“PSKN juga mengadakan program pemimpin bersama rakyat serta program pemberian vaksin juga memberi kemudahan kepada penerima vaksin seperti pengangkutan ke PPV, membantu menyediakan peruntukan kewangan untuk pengoperasian PPV awam di daerah dan menganjurkan kempen vaksin, ‘booster dose’ dan PICKids diperingkat negeri,” katanya.