Kuota Bina Atau Baikpulih PPRT Sabah Bertambah

Kuota Bina Atau Baikpulih PPRT Sabah Bertambah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Negeri Sabah mendapat pertambahan kuota bagi pembinaan baharu atau pembaikpulihan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim berkata, bagi program rumah PPRT Bina Baharu, negeri Sabah mendapat kuota sebanyak 700 unit rumah.

“Manakala untuk program rumah PPRT Baik Pulih, negeri Sabah akan menerima kuota sebanyak 2,900 unit rumah.

“Bagi agihan Rumah PPRT Bina Baharu untuk tahun 2022, kementerian akan meneliti kaedah agihan tersebut berdasarkan kepada keperluan untuk setiap DUN atau daerah termasuklah daerah Kota Belud,” katanya.

Jahid berkata demikian sebagai jawapan lisan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri N9 Tempasuk, Mohd Arsad Bistari, berdasarkan maklumat daripada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.