Hanya Kepala Mangsa Disambar Buaya Ditemui

Hanya Kepala Mangsa Disambar Buaya Ditemui

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Hanya bahagian kepala seorang mangsa berusia 50 tahun yang disambar buaya di sungai berhampiran Taman Kenari, Batu 7, berjaya ditemui hari ini.

Penemuan itu pada hari ketiga pencarian pagi tadi yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah bermula pada jam 7.30.

“Ketua Operasi melaporkan mangsa telah dijumpai 300 meter dari lokasi asal di kawasan simpang tiga dalam keadaan tidak sempurna…

“Hanya kepala mangsa ditemui pada jam 8 pagi dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Terdahulu pada petang Jumaat, mangsa dikatakan telah disambar buaya berkenaan ketika berakit menyeberangi sungai selepas melangsungkan ibadah di Masjid Taman Kenari.