Kanak-Kanak Bawah 6 tahun Dikecualikan Ujian COVID-19

Kanak-Kanak Bawah 6 tahun Dikecualikan Ujian COVID-19

0
SHARE

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, kanak-kanak berusia bawah enam tahun (mengikut tahun kelahiran) tidak perlu menjalani ujian COVID-19 prapelepasan dan ujian semasa ketibaan.

KKM menetapkan bagi pengembara yang belum menerima suntikan vaksinasi yang lengkap diarahkan untuk menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) selama lima hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata hanya pengembara berusia enam tahun dan ke atas sahaja perlu menjalani ujian RTK-Antigen professional dua hari sebelum berlepas dan dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di Malaysia.

“Pengembara boleh melakukan ujian Covid-19 sama ada di fasiliti kesihatan swasta di pintu masuk antarabangsa (PMA) atau di luar PMA dalam tempoh 24 jam,” katanya ketika sidang akhbar semalam.