MUMBAI, INDIA – Mengejutkan!!!, satu berita terkini mendedahkan bahawa Sanjay Dutt telah dikesan menghidap barah paru-paru tahap 3 dan dia terus mengambil penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan rawatan segera.
Seorang rakan karib Dutt berkata, “Baba hancur. Dia mempunyai anak kecil. Dia bernasib baik, mereka berada di Dubai ketika ini bersama ibu mereka. Tetapi berita buruk yang tersebar ini akan menjadikan mereka menderita.”
“Pemikiran Dutt cukup terganggu ketika ini, tetapi dia juga yakin dia dapat disembuhkan,” kata rakannya itu.
“Penyakit ini dapat disembuhkan. Dia memerlukan rawatan segera dan ketat sehingga penyakit dia segera pergi.”
Awal minggu ini, Dutt berada di hospital Lilavati di Mumbai setelah dia mengadu mengalami sesak nafas.
Kesan daripada itu, satu ujian penuh telah dilakukan dan hasilnya satu berita yang buruk dimaklumkan pada hari Selasa baru-baru ini.
Sebaik sahaja berita mengenai penyakit serius Dutt tersebar, rakan-rakan seperti Amitabh dan Abhishek Bachchan dan Salman Khan segera membuat panggilan kepadanya. Tetapi Sanjay Dutt tidak berminat untuk menerima panggilan ketika ini.
“Kami mendoakan dia pulih dengan cepat sepenuhnya,” kata rakan-rakan Dutt tersebut.