Kes Keracunan Makanan Di Malaysia Menurun

Kes Keracunan Makanan Di Malaysia Menurun

0
SHARE

SHAH ALAM, SELANGOR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes keracunan makanan di Malaysia menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun lalu.

Jelas beliau, trend penurunan episod keracunan makanan dicatatkan sejak tahun 2019 iaitu 516 kes pada tahun 2019, 288 kes pada tahun 2020 dan 197 kes pada tahun 2021.

“Dalam situasi pandemik Covid-19, kes keracunan makanan terus menurun sebanyak 31.6 peratus iaitu daripada 288 kes pada tahun 2020 kepada 197 kes pada tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad…

Tambah beliau lagi, episod keracunan makanan di Malaysia semasa bulan Ramadan juga mencatatkan penurunan pada tahun 2020 iaitu 22 kes berbanding 36 kes pada tahun sebelumnya.

“Manakala terdapat peningkatan kes keracunan makanan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 39 kes (77.3 peratus).

“Hal ini berkemungkinan besar disumbangkan oleh pembelian juadah makanan di luar setelah kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dilaksanakan pada bulan Ramadan tahun 2021 bersekali beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.