Pasangan Pengantin Berkahwin Di Hospital Penuhi Permintaan Bapa Yang Terlantar Sakit

Pasangan Pengantin Berkahwin Di Hospital Penuhi Permintaan Bapa Yang Terlantar Sakit

0
SHARE
Majlis pernikahan pasangan tersebut di hospital. - Instagram...

JAKARTA, INDONESIA – Tular di media sosial satu pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan mereka di sebuah hospital bagi memenuhi permintaan bapa pengantin yang terlantar sakit.

Pasangan yang berasal dari Kabupaten Brebes, Jawa Tengah melangsungkan majlis akad nikah mereka di Hospital Bhakti Asih.

Video pernikahan pasangan tersebut juga telah dimuat naik di laman Instagram rasmi fasiliti kesihatan tersebut, lapor Suara.com

Menurut Pengurus Perkhidmatan Pelanggan Hospital Bhakti Asih, Muhammad Iqbaluddin, pasangan pengantin, Maya Agustiani dan Ahmad Zahrudin selamat dinikahkan di bilik rawatan tetamu kehormat atau VIP.

“Ayah Maya dirawat di sini kerana penyakit anemia atau kurang darah

“jadi dia meminta agar majlis diadakan di hospital agar boleh dihadiri walaupun dalam keadaan kurang sihat.

“Majlis berjalan lancar meskipun persiapan yang dilakukan adalah di saat akhir kerana kami tidak pernah menganjurkan majlis seperti ini di hospital,” jelas Iqbaluddin.