Kemaluan Pelajar Tersepit Pada Zip Seluar

Kemaluan Pelajar Tersepit Pada Zip Seluar

0
SHARE
Pasukan bomba membantu membuka zip pelajar tersebut menggunakan peralatan khas. - Foto Ihsan Bomba...

SEMPORNA, SABAH – Seorang budak lelaki 8 tahun mengalami kenangan pahit apabila pasukan Bomba terpaksa dipanggil bagi membebaskan kemaluannya yang tersepit pada zip seluar.

Sengsara pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Simunul itu bermula semasa membuang air kecil.

Seramai lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna berjarak kira-kira 4 km dari sekolah berkenaan bertindak balas kepada panggilan kecemasan yang diterima jam 4.23 semalam.

“Pasukan Bomba bertindak membuka zip tersebut menggunakan peralatan khas sehingga selesai.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 4.48 petang,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.