Kereta Peugeot Musnah Terbakar, Pemandu Sempat Selamatkan Diri

Kereta Peugeot Musnah Terbakar, Pemandu Sempat Selamatkan Diri

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Sebuah kenderaan Peugeot musnah terbakar di Jalan Putatan – Kota Kinabalu berhampiran Bataras Hypermarket di sini tadi.

Walaubagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira 2.30 petang.

“Operasi pemadaman menggunakan satu (1) aliran salur bantu mula dari jentera.

Sepasukan bomba memadam api dari sebuah kereta Peugeot…(Sumber Foto: Ishan Bomba Sabah)

“Operasi terkawal pada jam 2.51 petang dan tamat 15 minit selepas itu,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sementar itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, PKPgB Zeno Tingalan berkata, pemandu kenderaan sempat menyelamatkan diri setelah menyedari marak api pada bahagian enjin.