Sentiasa Wasapada Sindiket Tipu Guna Nama Lembaga Hasil Dalam Negeri

Sentiasa Wasapada Sindiket Tipu Guna Nama Lembaga Hasil Dalam Negeri

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan pembelian pesanan yang menggunakan nama pegawai HASiL bagi memperdayakan mereka.

Menurutnya dalam satu kenyataan, sindiket itu dikesan menyamai sebagai pegawai HASiL untuk membuat perolehan dan pembelian aset daripada sebuah syarikat perabot.

Katanya, mereka juga menyiapkan dua keping nama palsu pegawai HASiL agar boleh membuat pesanan perabot kononnya untuk tujuan kegunaan di pejabat.

Jelasnya lagi, sindiket itu turut menyedikakan dokumen pesanan pembelian palsu menyenaraikan butiran jenis perabot yang hendak dipesan dengan tandatangan palsu pegawai HASiL sebagai helah untuk menutupi kegiatan itu.