Lelaki Meninggal Dunia Langgar Pokok Batu 3 Sandakan

Lelaki Meninggal Dunia Langgar Pokok Batu 3 Sandakan

0
SHARE
Bomba
Kenderaan mangsa yang remuk selepas melanggar pokok ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki berusia 26 tahun meninggal dunia selepas Isuzu Dmax dipandunya merempuh pokok di Batu 3, sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 3.30 pagi.

Sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan tiba di lokasi kejadian berhampiran premis Perabot Chan berjarak kira-kira satu kilometer (km) dari balai dalam masa dua minit.

“Mangsa terlibat berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” lapor seorang jurucakap agensi.

Operasi tamat pada 4.20 pagi setelah anggota pasukan memastikan keadaan di sekitar lokasi selamat.