Warga Emas Nyaris Di Bakar Hidup-Hidup, Disangka Telah Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Warga Emas Nyaris Di Bakar Hidup-Hidup, Disangka Telah Meninggal Dunia Akibat Covid-19

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Nasib seorang warga emas di China menyebelahi apabila beliau hampir dibakar hidup-hidup setelah beliau disangka telah meninggal dunia akibat COVID-19.

Kejadian tersebut sempat dirakam menerusi satu video yang tular di mana kakitangan rumah jagaan serta beberapa jururawat dilihat menolak beg berisi mayat warga emas tersebut di atas pengusung menuju van mayat untuk dihantar ke rumah pembakaran sebelum menyedari lelaki itu bergerak.

Menyedari terdapat pergerakan dalam beg mayat tersebut, mereka kemudian membuka zip beg mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.

“Kamu datang ke sini lihat jika dia masih hidup. Dia masih bernafas! Nampak tak dia bergerak?’’ kata salah seorang daripada jururawat tersebut.

“Dia masih hidup, jangan tutup mukanya lagi,’’ jawab kakitangan lain.

Pihak berkuasa kemudian menjalankan siasatan segera mengenai bagaimana warga emas itu dimasukkan ke dalam beg mayat sedangkan dia masih hidup.

Kejadian itu berlaku ketika pihak berkuasa di China cuba menutup beberapa kawasan di Beijing yang mencatatkan penularan COVID-19 ketika angka kematian di Shanghai terus melonjak.