TEKNIK BAHARU TAHAN GAJET UNTUK ERATKAN SILATURAHIM SEMPENA RAYA

TEKNIK BAHARU TAHAN GAJET UNTUK ERATKAN SILATURAHIM SEMPENA RAYA

0
SHARE

Setelah dua tahun umat Islam tidak berkumpul bersama-sama keluarga untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri disebabkan pandemik Covid-19, sudah tentu perayaan pada tahun ini adalah sesuatu yang sangat istimewa.

Jika dahulu, pada dua tahun lalu, semasa negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seluruh rakyat tidak boleh bergerak untuk balik ke kampung untuk merayakan Hari Raya bersama keluarga.

Kebanyakan umat Islam terpaksa merayakan perayaan tersebut di rumah masing-masing.

Namun dengan adanya peranti-peranti seperti telefon pintar dan komputer, kita masih boleh berhubung saudara mara yang jauh.

Bagaimanapun, pada tahun ini, situasi tersebut sudah berbeza. Kini ramai yang boleh balik ke kampung dan beraya bersama saudara mara.

Demikian terdapat satu video yang tular dimana seorang lelaki dilihat sedang mengumpul peranti-peranti pintar tetamunya sebelum masuk ke dalam rumah untuk beraya…

Difahamkan, perkara tersebut dilakukan oleh lelaki tersebut sebagai langkah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara keluarga yang berkunjung ke rumahnya untuk beraya.

“Bukan Kejam. Mungkin ini sahaja cara untuk eratkan silaturahim. ‘Try buat, pasti berkesan’ kata caption video tersebut.