Datuk Tetak Bayi, Anak Saudara Sendiri

Datuk Tetak Bayi, Anak Saudara Sendiri

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – Seorang warganegara Filipina berumur 60 tahun sanggup membunuh darah dagingnya sendiri termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan.

Kejadian dalam sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh sini semalam turut mengorbankan seorang wanita berusia 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya mendapat panggilan orang awam berhubung insiden pada pukul 2.40 petang.

“Pasukan anggota yang tiba di lokasi mendapati seorang bayi telah meninggal dunia akibat ditetak di bahagian kepala…

“Ibunya pula mengalami parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan.

“Mangsa merupakan warganegara asing tanpa dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Suspek kemudiannya dikesan dan ditangkap ketika sedang bersembunyi di kawasan kebun sawit yang berhampiran.

“Sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menetak mangsa turut dirampas” katanya.

Menurut beliau, siasatan diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian dan suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.