Kanak-Kanak Perempuan Dihanyutkan Kepala Air

Kanak-Kanak Perempuan Dihanyutkan Kepala Air

0
SHARE

KOTA MARUDU, SABAH – Masuk hari kedua misi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Melangkap Darat sini.

Mangsa, Elzanatira Asod, 10, dikatakan telah bertembung dengan kepala air ketika cuba menyeberangi sungai untuk balik ke rumah pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa bersama ahli keluarga dalam perjalanan pulang dari kebun dalam insiden jam 4 petang itu.

“Operasi dimulakan semula pada jam 7 pagi tadi di kawasan sepanjang sungai

“Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.