Doktor Palsu Tanam Batang ‘Lolipop’ Dalam Kulit Pesakit Untuk Elak Hamil

Doktor Palsu Tanam Batang ‘Lolipop’ Dalam Kulit Pesakit Untuk Elak Hamil

0
SHARE

EL CASTANO, MEXICO Doktor pakar sakit puan ‘PALSU’ ditahan selepas didakwa menanam batang gula-gula ‘lolipop’ di bawah kulit pesakit sebagai alat pencegah hamil.

MetroUK melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 25 wanita di Venezuela dipercayai menjadi mangsa skim penipuan Jose Daniel Lopez, malah ada yang hamil selepas melalui prosedur yang disarankannya.

Implan pencegahan hamil ini mengambil bentuk batang plastik kecil yang dimasukkan di bawah lengan atas, tetapi dalam kes Lopez, ia tidak lebih daripada batang lolipop yang tidak memberi fungsi apa-apa.

Suspek didakwa memalsukan ijazah perubatannya untuk mendapatkan pekerjaan di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay.

Beberapa mangsa yang kini mempunyai objek asing di dalam badan mereka, melaporkannya kepada polis selepas menyedari mereka ditipu.

Selepas mendapat tahu dia dicari pihak berkuasa Lopez menyembunyikan diri tetapi berjaya dijejaki polis.

Dia bakal didakwa atas beberapa pertuduhan jenayah termasuk amalan perubatan haram, menjejaskan fungsi perubatan dan menggunakan dokumen palsu.