Beberapa Kawasan Di Sabah Dijangka Mengalami Cuaca Buruk

Beberapa Kawasan Di Sabah Dijangka Mengalami Cuaca Buruk

0
SHARE

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan beberapa kawasan di negeri Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, kawasan tersebut melibatkan Sandakan(Beluran) dan Kudat(Kota Marudu serta Pitas).

“Kawasan ini dijangka akan dilanda hujan lebat, ribut petir termasuk angin kencang pada pagi ini…

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untutk satu-satu keluaran.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang perubahan cuaca.