Dokumen Pengenalan Diri Tamat Tempoh, Dua Warga Indonesia Ditahan

Dokumen Pengenalan Diri Tamat Tempoh, Dua Warga Indonesia Ditahan

0
SHARE

LABUAN – Dua nelayan Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh pada petang Khamis.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pasukan operasi mengesan bot nelayan tempatan tempatan terbabit sedang melakukan aktiviti menagkap ikan di kedudukan 22 batu nautika dari Pulau Labuan dalam rondaan rutin Op Benteng/ Op Khas Pagar Laut.

“Setelah pemeriksaan dilaksanakan, didapati bahawa bot nelayan dikendalikan empat orang kru warga indonesia yang berumur dalam lingkungan 22 tahun hingga 37 tahun…

“Dua daripada kru terbabit, memiliki dokumen pengenalan diri yang sudah tamat tempoh.

“Bot nelayan, nakhoda kapal bersama kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun jika disabit.

“Tinggal di Malaysia tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan jenayah oleh itu, komuniti maritim dinasihatkan agar sentiasa menghormati serta mematuhi undang-undang yang telah termaktub didalam perlembagaan bagi mengelakkan diri daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara,” tegas Nudin.