Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Menyusut 22 Kes

Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Menyusut 22 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan menyusut 22 kes kepada 41 kes hari ini setelah meningkat sejak beberapa hari ini.

Kota Kinabalu turun enam (6) kes tetapi kekal mencatat jangkitan dua angka dengan 18 kes.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 11 daerah merekodkan kes satu angka.

“Enam (6) daerah mencatatkan satu jangkitan sahaja dan tidak ada jangkitan baharu di 15 daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Hari ini kluster terakhir di Sabah diisytiharkan tamat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Kluster institusi pendidikan Jalan Segama, Lahad Datu mula dikesan pada 21/4/2022.

Hanya satu (1) kes dalam Kategori 5 selain Kategori 1 dan 2.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 18 (24)
Penampang 7 (12)
Papar 3 (5)
Tuaran 3 (3)
Lahad Datu 2 (3)
Sipitang 2 (7)
Beaufort 2 (0)
Beluran 1 (0)
Keningau 1 (1)
Kota Belud 1 (0)
Kota Marudu 1 (0)
Semporna 1 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (2)
Ranau 0 (0)
Sandakan 0 (5)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)