Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Turun Selepas Lima Hari

Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Turun Selepas Lima Hari

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu turun mendadak kepada 38 kes sahaja hari ini berbanding 87 kes semalam. Ia merupakan penyusutan sebanyak 49 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan ini dilaporkan berpunca daripada bilangan sampel pesakit bagi tujuan ujian yang lebih rendah daripada semalam.

“Secara keseluruhan, keadaan bertambah baik dengan 19 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu berbanding 15 daerah kelmarin…

“Hanya lapan (8) daerah merekodkan jangkitan baharu dengan Kota Kinabalu mencatatkan jangkitan dua angka sebanyak 18 kes.

“Walaubagaimanapun, jumlah ini lebih rendah daripada 30 kes sebelum ini,” katanya dalam rumusan harian kes.

Katanya, daerah Penampang yang mencatat kes dua angka kelmarin merekodkan hanya enam (6) jangkitan baharu hari ini.

Terdapat masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 18 (30)
Penampang 6 (27)
Beaufort 4 (2)
Tuaran 4 (3)
Sandakan 3 (8 )
Kinabatangan 1 (0)
Kota Belud 1 (0)
Papar 1 (1)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (4)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (2)
Sipitang 0 (3)
Tambunan 0 (2)
Tawau 0 (4)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)