SOOK, SABAH – Klinik Kesihatan Mansiat di Jalan Tulid sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 4.48 petang semalam (Selasa).
Seluruh bangunan berstruktur kayu dan aset di fasiliti klinik telah musnah sepenuhnya termasuk sebuah ambulans.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, mujur lima (5) buah kuarters staf berjarak 50 meter dari kinik kesihatan itu tidak terjejas.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan mankala punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah…
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, struktur jenis tidak kekal berkeluasan 150×80 kaki persegi telah terbakar 100 peratus semasa ketibaan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sook berjarak kira-kira 57km dengan lokasi insiden.
“Operasi terkawal pada jam 6 petang dan operasi ditamatkan pada jam 8.38 malam,” katanya.
Dalam pada itu, Rose berkata orang awam boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang terdekat iaitu Kinik Kesihatan Tulid lebih kurang 30 km ke arah Pekan Sook.
“Semua perkhidmatan akan dipindah ke fasiliti tersebut dan di samping itu, pasukan klinik bergerak juga akan ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan bergerak ke kawasan operasi Mansiat.





