SANDAKAN, SABAH – Dua pemandu wanita mengalami cedera ringan apabila bertembung di Jalan Batu 9 petang kelmarin (15 Jun).
Insiden kira-kira pukul 2.30 itu melibatkan kenderaan jenis Perodua Myvi dan Ford Ranger…
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pemandu MyVi berusia 34 tahun, dan Ranger, 19.
“Kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Sandakan menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 4.03 petang,” katanya dalam sebuah kenyataan.





