SIASAT HABIS-HABISAN PEMIMPIN POLITIK TERLIBAT DALAM PENJUALAN KAD PENGENALAN PALSU – KM...

SIASAT HABIS-HABISAN PEMIMPIN POLITIK TERLIBAT DALAM PENJUALAN KAD PENGENALAN PALSU – KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri prihatin dengan penahanan seorang pemimpin parti politik tempatan kerana didakwa terlibat dalam penjualan dokumen pengenalan palsu di Sabah.

Katanya beliau mahukan pihak berkuasa melangsungkan penyiasatan terperinci mengenai kes itu.

“Jika didapati benar, suspek dan anggota sindiketnya mesti berdepan dengan hukuman berat undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Ketua Menteri berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai penahanan pemimpin parti politik itu di bawah Seksyen 420 Akta Kanun Keseksaan petang tadi.