PEMANDU ‘BACKHOE’ YANG TERBALIKKAN KENDERAAN JPJ TELAH DITAHAN

PEMANDU ‘BACKHOE’ YANG TERBALIKKAN KENDERAAN JPJ TELAH DITAHAN

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Pemandu jentera “Hitachi” (backhoe) yang menterbalikkan sebuah kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelmarin (Khamis) telah ditahan.

Lelaki berumur 60an itu diberkas anggota Polis Daerah Keningau tidak lama selepas pihak penguatkuasa tersebut menerima laporan insiden pada kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 186/353 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya menggunakan kekearasan jenayah.

“Petugas (JPJ) sempat menyelamatkan diri dan tiada keceeraan dialami semasa kejadian berlaku…

“Orang awam dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap video yang tular agar tidak menggangu siasatan polis,” katanya berhubung kejadian di Kampung Ambual itu.

Komen teratas pada catatan kenyataan di laman rasmi Facebook Polis Daerah Keningau oleh seorang pengguna ‘Pettdave Darr’ yang juga berasal dari daerah berkenaan tidak bersetuju dengan tatasusila JPJ dalam melangsungkan tugas khususnya kes tersebut.

Dakwanya, pegawai JPJ telah memotong jentera terbabit ketika sedang menaik bukit dan memberhentikan kenderaan mereka dihadapan dengan secara mengejut.

“Perbuatan itu boleh mengakibatkan pemandu jentera cedera juga…oleh kerana itu berlakulah kekasaran bahasa…

“Padahal dia (suspek) dalam perjalanan untuk memperbaiki jalan raya di kebun bagi mempermudahkan kami mengeluarkan hasil.

“JPJ menjalankan tugas, kita juga mempunyai keluarga bertugas sebagai penguatkuasa undang-undang ataupun penjawat awam.

“Kadang-kadang bertimbang rasa juga sikit. Kami ini hanya orang kampung yang turut menjadi mangsa beban kos sara hidup yang tidak masuk akal sekarang ini,” katanya.

JPJ Sabah belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes setakat ini.