KOTA KINABALU, SABAH – Kira-kira 17 keluarga mangsa kebakaran Jalan Saga telah menerima sumbangan daripada Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) di Dewan Serbaguna Kampung Likas, semalam.
Sumbangan disampaikan oleh Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Aziah Atoh kepada mangsa kebakaran Jalan Saga Kampung Likas berbentuk air mineral, makanan dan wang tunai.
Sebanyak 15 rumah setinggan di Jalan Saga, Likas, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.20 malam itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan selepas semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.
Hadir sama Exco Pemuda Gagasan Rakyat Abqaree Fawwaz Abekan, Ketua Beliawanis Emmy Martin Idang, Ketua Pemuda Dun Likas Gagasan Rakyat Syahmee Mohd Ron serta ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Beliawanis daripada bahagian berdekatan.





